Ceramic Business Club merupakan Loyalty Membership Program yang dimiliki sepenuhnya oleh Asia Ceramic Marketing (M) Sdn Bhd (berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia) yang beroperasi di Ampang, Selangor. Asia Ceramic Marketing menjalankan perniagaan trading produk berasaskan ceramic secara e-commerce dan conventional.
Sell Back Option merupakan satu keunikan Ceramic Business Club (CBC) di mana ianya ditawarkan kepada mana-mana Privilege Membernya yang tidak mampu membuat penjualan sendiri produk-produk yang telah dibeli. Selain dari itu, Anugerah Kesetiaan Pembelian & Penebusan Baucer juga disediakan oleh CBC kepada setiap Privilege Membernya menerusi E-Mall yang disediakan khas untuk semua Distributor. Antara merchant yang terlibat dalam penebusan baucer adalah Giant Hypermarket, Jaya Jusco, BH Petrol, Parkson, Ceramic e-Mart, McDonald’s, KFC, Rasamas dan Pizza Hut.
Anugerah
1. SMI & SME 3rd Business of the Year Award Winner 2007
2. 7th Asia Pacific International Entrepreneur Excellence Award 2008
3. Asia Pacific International Honesty Enterprise Keris Award 2008
Ketiga-tiga penganugerahan ini membuktikan Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd adalah antara perniagaan yang terbaik dan terunggul di masa kini. Berbekalkan misi dan visi untuk terus maju dan berdaya saing di masa hadapan, Asia Ceramic dan Ceramic Business Club kini telah melangkah ke fasa perniagaan seterusnya dengan pembukaan Kedai Serbaneka Ceramic e-Mart pertamanya di Ampang, Selangor. e-Mart seterusnya telah dibuka secara meluas di seluruh negara bermula Januari 2009 dengan target sebanyak 20 e-Mart yang akan dibuka sepanjang tahun 2009!
Senarai Ceramic e-mart terkini
- Ceramic e-Mart Ampang, Selangor [Beroperasi sejak 1 Disember 2008]
- Ceramic e-Mart Kerteh, Terengganu [Beroperasi sejak 31 Januari 2009]
- Ceramic e-Mart Kluang, Johor [Beroperasi sejak 1 Februari 2009]
- Ceramic e-Mart Batu Pahat, Johor [Beroperasi sejak 11 April 2009]
- Ceramic e-Mart Kuala Terengganu, Terengganu [Beroperasi sejak 18 April 2009]
- Ceramic e-Mart Skudai, Johor [Beroperasi sejak 19 April 2009]
- Ceramic e-Mart Kota Bharu, Kelantan [Beroperasi sejak 25 April 2009]
Community Service Programme & Community Caring Programme
2 program kebajikan yang diperkenalkan oleh Asia Ceramic Marketing iaitu Community Service Programme (CSP) dan Community Caring Programme (CCP) bertujuan untuk pembangunan teknologi ICT bagi sekolah-sekolah rendah luar bandar dan juga sebagai satu program khairat kematian untuk ahli-ahli CBC.
Melalui Community Service Programme, Asia Ceramic akan memilih beberapa buah sekolah setiap bulan untuk didermakan dengan 2 buah komputer yang disumbangkan oleh ahli-ahli CBC melalui pemotongan bonus sebanyak RM2 setiap bulan.
Melalui CCP Programme pula, Asia Ceramic akan memberikan sumbangan kepada pewaris ahli CBC yang meninggal dunia setelah menyertai perniagaan ini. Sebanyak RM1 akan dikumpulkan setiap bulan dari keseluruhan ahli-ahli CBC seluruh negara untuk menjayakan program kebajikan ini.
0 comments:
Post a Comment