Dalam urusan perniagaan ceramic, ahli bersetuju membeli pakej A berupa tea set berharga RM900 daripada Asia Ceramic Marketing Sdn. Bhd. Setelah tea set menjadi hak ahli, ahli pula membuat keputusan menjual semula kepada Asia Ceramic Marketing Sdn. Bhd. dengan harga RM1000 dan sanggup menerima bayaran daripada Asia Ceramic Marketing Sdn. Bhd. secara ansuran selama 2 bulan. Halal ke urusniaga ini? Baca tulisan dari Ustaz Zaharudin mengenai konsep perniagaan sebegini seperti di bawah:
An-Nur: Bayar Tangguh Mahal
Bersama Zaharuddin Abd Rahman
TIMBUL satu persoalan iaitu bagaimana jika harga bayaran secara tunai, sebagai contoh RM1,000.00, jika dibayar secara tangguh menggunakan kontrak Murabahah tetapi dibayar melalui konsep bayaran tangguh (Murabahah wa muajjal), harganya meningkat kepada RM1,500.00. Adakah ia halal?
Perlu diingat, pembayaran bagi kontrak Murabahah boleh dibuat secara tunai atau bertangguh. Dalam praktis bank Islam kontemporari, kebiasaannya pelanggan dibenarkan membayar secara ansuran dalam satu tempoh waktu.
Bagaimanapun, jika di awal kontrak Murabahah pelanggan memilih kemudahan itu, harga aset yang dijual oleh bank secara Murabahah akan dinaikkan.
Hukum
Ulama berbeza pendapat dalam hal ini, minoritinya mengatakannya haram manakala majoriti ulama silam, termasuk keempat-empat mazhab dan ulama kontemporari, berpandangan ia adalah harus.
Disebut oleh ulama mazhab Hanafi: “Harga berkemungkinan dinaikkan disebabkan penangguhan (bayarannya).”
Ulama mazhab Maliki pula berkata: “Penangguhan kerana untuk tempoh masa mempunyai nilai kadar nilai di dalam harga.”
Kenyataan ulama mazhab Syafie: “Lima jika dibayar secara tunai, bersamaan dengan enam jika dibayar secara tangguh”.
Manakala disebut oleh ulama mazhab Hambali: “Tempoh boleh mengambil sebahagian daripada harga.”
Antara dalil paling mudah untuk menyokong pendapat ini adalah keharusan jualan secara as-Salam: “Nabi Muhammad SAW sampai ke Madinah dan penduduk Madinah membeli (menempah) tangguh tamar yang hanya akan diserahkan dalam tempoh dua tahun dan tiga. Lalu Nabi SAW bersabda: “Barang siapa yang ingin membeli secara tangguh (serahan barang iaitu belian As-Salam) hendaklah ia dilakukan atas barang yang diketahui, timbangan yang diketahui dan tempoh yang diketahui.” (Riwayat Al-Bukhari)
Jualan secara As-Salam harus secara nas dan ijma’, manakala ulama menyatakan dari hikmah keharusannya adalah pembeli dapat mendapat manfaat daripada harga yang lebih murah, manakala penjual pula menikmati bayaran segera.
Disebutkan oleh Ibn Qudamah: “Inilah dalil bahawa tempoh waktu dalam jual beli mempunyai bahagian dalam harga, ia tidak mengapa kerana ia didasari oleh aqad jual beli.”
Kesimpulannya, disebabkan tempoh masa yang perlu ditunggu oleh pihak penjual dan risiko yang terdedah ke atasnya, perbezaan harga ini dianggap sebagai halal dengan syarat ia dipersetujui di awal aqad dan tidak lagi berubah selepas itu.
Kenaikan harga akibat tempoh itu dianggap halal oleh majoriti mazhab dan ulama. Inilah bentuk ‘time value of money’ yang diiktiraf sebagai halal oleh Islam kerana ia didasari oleh jual beli sebenar dan bukan aqad qardh iaitu pinjaman atau hutang.
Sheikh Taqi Uthmani membidas mereka yang menyamakan perbezaan penentuan harga ini sama seperti riba.
Beliau berkata: “Pertikaian ini sekali lagi disebabkan oleh salah faham setiap kenaikan harga disebabkan oleh masa akan jatuh dalam kategori riba. Kesimpulan ini adalah silap.
“Setiap kenaikan yang disebabkan kelewatan bayaran hanya menjadi riba apabila kedua-dua pihak berurusan dengan wang, tetapi jika komoditi atau aset dijual berbalas wang, penjual ada kebebasan untuk menentukan harganya dan dibenarkan juga mengambil kira pelbagai faktor."
Sumber: HMetro
11 Pakej Menarik UTM Skudai Ecotourism Campus – Tourism Malaysia
-
Pada 25 Ogos 2015 yang lepas, Saya mewakili media (sebagai blogger)
berpeluang membuat sedikit ‘coverage’ sempena Majlis menandatangani
Memorandum Perjanji...
9 years ago
0 comments:
Post a Comment