Tuesday, November 17, 2009
Tuesday, July 28, 2009
sistem REPURCHASE
Dengan kaedah Sistem Repurchase yang dicadangkan di sini, anda akan mendapat keuntungan yang berterusan setiap bulan!
Saturday, July 25, 2009
bisnes ceramic HALAL?
Dalam urusan perniagaan ceramic, ahli bersetuju membeli pakej A berupa tea set berharga RM900 daripada Asia Ceramic Marketing Sdn. Bhd. Setelah tea set menjadi hak ahli, ahli pula membuat keputusan menjual semula kepada Asia Ceramic Marketing Sdn. Bhd. dengan harga RM1000 dan sanggup menerima bayaran daripada Asia Ceramic Marketing Sdn. Bhd. secara ansuran selama 2 bulan. Halal ke urusniaga ini? Baca tulisan dari Ustaz Zaharudin mengenai konsep perniagaan sebegini seperti di bawah:
FAQ
Apakah Ceramic Business Club ini?
Ceramic Business Club adalah sebuah perniagaan e-Commerce yang dimiliki sepenuhnya oleh sebuah syarikat tempatan iaitu Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd. Beribu pejabat di Ampang, Selangor. Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd menerusi jenama Ceramic Business Club menjalankan satu Program Keahlian Privilege dalam memasarkan produk ceramic mereka secara trading.
Ceramic Business Club mula dilancarkan pada 7 Julai 2007 dan merupakan sebuah perniagaan berlesen dan berdaftar, serta sah dijalankan mengikut undang-undang. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd di laman web rasmi syarikat.
Apakah Konsep Perniagaan yang dijalankan oleh Ceramic Business Club ini?
Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd adalah sebuah perniagaan trading produk-produk ceramic yang memasarkan produk-produk ini untuk pasaran dalam dan luar negara. Selain menjalankan perniagaan secara trading, syarikat ini memperkenalkan satu Program Keahlian Privilege yang dipanggil Ceramic Business Club. Melalui program keahlian ini, Ceramic Business Club menawarkan pelbagai ganjaran dan kelebihan yang cukup istimewa kepada Distributornya. Setiap Distributor yang mendaftar akan menerima satu kad keahlian Ceramic Business Club yang tertera nama ahli dan no keahlian mereka pada kad privilege tersebut.
Konsep program keahlian ini sama seperti program ganjaran Real Rewards atau Bonuslink yang dianjurkan oleh Petronas dan Shell. Dengan menjadi ahli dan memegang kad ganjaran tersebut, ahli akan menerima ganjaran dan keuntungan berdasarkan pembelian dan kesetiaan ahli. Jenis-jenis hadiah dan ganjaran yang diberikan adalah bergantung kepada syarikat yang menganjurkannya.
Konsep ini sama juga dengan apa yang dilakukan oleh Ceramic Business Club sekarang. Anda akan menerima kad keahlian Ceramic Business Club dan akan menerima ganjaran istimewa yang anda sahaja sebagai Distributor berpeluang mendapatnya, orang lain yang bukan ahli tidak berhak memperolehinya. Kelebihan dan ganjaran yang diberikan adalah tertakluk kepada Ceramic Business Club itu sendiri. Anda boleh memahami lebih jelas mengenai konsep perniagaan Ceramic Business Club ini dengan merujuk halaman konsep perniagaan Bisnes Ceramic.
Apakah Konsep Perniagaan secara Kad Keahlian Mata Ganjaran ini SAH dan SELAMAT dilakukan?
Penting diingatkan bahawa Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd menjalankan perniagaan trading produk-produk ceramic. Adakah perniagaan trading ini SAH dan SELAMAT? Anda tentu sudah tahu jawapannya. Ya, perniagaan ini adalah selamat dan sah dilakukan. Konsep perniagaan ini sama sahaja dengan perniagaan kedai-kedai runcit di tempat anda. Ada barangan yang dijual dan ada pelanggan yang membelinya.
Manakala Ceramic Business Club pula adalah satu Program Keahlian Privilege yang memberikan keistimewaan kepada Distributor yang mendaftar. Tujuan utama program privilege ini diwujudkan adalah untuk mengikat pelanggan mereka supaya terus bersama dengan syarikat. Setiap Distributor ditawarkan kelebihan-kelebihan tertentu seperti memperolehi mata dengan setiap kali pembelian produk, harga produk yang lebih murah dan dapat menyertai promosi-promosi yang dianjurkan oleh syarikat. Selain itu, ini adalah salah satu strategi syarikat dalam memperkenalkan produk keluaran Asia Ceramic sendiri.
Konsep perniagaan seperti ini telah banyak dipraktikkan di pasaran, cuma kita tidak menyedari peluang dan ganjaran dari program keahlian tersebut. Seperti contoh anda pengguna kenderaan, pasti akan mengisi minyak kenderaan anda. Di Malaysia, terdapat banyak syarikat petrol station dan yang terkenal adalah Petronas dan Shell. Syarikat-syarikat ini bersaing untuk mendapatkan pelanggan, dan salah satu strategi mereka adalah dengan memperkenalkan program keahlian mata ganjaran iaitu Real Rewards (Petronas) dan juga Bonuslink (Shell). Melalui program ini, setiap ahli akan diberikan satu kad keahlian percuma yang tertera jenama syarikat tersebut dan mereka boleh menikmati pelbagai keistimewaan yang ditawarkan oleh program tersebut. Dengan mengisi minyak di petrol station tersebut, ahli-ahli akan menerima mata ganjaran dan setelah dikumpul dalam jumlah tertentu mereka boleh menukarkannya dengan hadiah dan barangan tertentu. Keistimewaan ini tidak boleh didapati oleh bukan ahli program tersebut. Adakah perniagaan mereka SAH dan SELAMAT dilakukan? Sudah tentu anda mengetahuinya! Program tersebut telah berjalan bertahun-tahun lamanya dan perniagaan berkonsepkan seperti ini tidak memerlukan mereka mempunyai Sijil Jualan Langsung (AJL) mahupun kelulusan Bank Negara Malaysia, kerana perniagaan seperti ini bukanlah pelaburan internet, skim cepat kaya mahupun pengumpulan wang deposit haram seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.
Ceramic Business Club juga menggunakan konsep perniagaan seperti ini. Setiap distributor yang mendaftar akan diberikan satu kad keahlian yang tertera jenama Ceramic Business Club dan akan membawa jenama tersebut dalam perniagaan mereka. Kad ini tidak diterima oleh mana-mana individu yang tidak mendaftar. Apakah ganjaran dan keistimewaan menjadi ahli program ini? Sila rujuk soalan di bawah.
Apakah Keistimewaan yang ditawarkan jika saya menjadi Ahli Ceramic Business Club?
Sebagai Distributor yang mendaftar secara rasmi dengan syarikat, Ceramic Business Club menawarkan pelbagai keistimewaan kepada Distributornya dan keistimewaan ini hanya diperolehi oleh Distributor yang mendaftar sahaja.